Monday 28 May 2012

AI.NA.MI.

hurm,malam2 macam ni memang sesuai sangat nak update blog ni. angin sepoi2 bahasa.bunyi cengkerik dan kawan sekutu mereka.cahaya bulan mengambang yang dipagari empat belas bintang. *hamboi,berangan kau memalam ni.* entah kenapa aku rasa sayu je hati ni.rasa sebak.sedih.kecewa.semua rasa hati bercampur jadi satu.bila hati rasa gembira,eksaited, mesti akhirnya aku akan rasa sedih.kadang-kadang rasa mahu putus asa itu ada. tapi,aku selalu ingat pesan dia.haha.tak tahu kenapa bila aku rasa sedih,down,aku mesti ingat kata-kata dia.ye,Amira memang seorang yang kuat.haih,itulah ayat yang aku tak boleh lupa.untuk siapa yang pernah kasi ayat tu,terima kasih.jasamu tetap kukenang.sejak bila dia jadi penguat semangat aku pun tak tahu lah.hakhakhak. ;P

hurm,dan untuk kesekian kalinya aku rasa sedih yang teramat.esok my very best friend,enemy,sister,brother,kawan main kejar-kejar,kawan wrestling,kawan suka ketawa macam orang tak siuman saya akan sambung belajar.nama dia Aida Marissa.aku suka panggil dia nenek kebayan.tapi dia tak pernah marah.dulu time dalam kelas,aku suka nyanyi kuat-kuat dengan Nash.Aida ni duduk depan aku.kalau kitorang ketawa macam hantu ke,melalak kuat-kuat macam satu kelas tu kitorang punya pun dia tak pernah marah.dulu,kalau ada peristiwa penting ke,mesti kitorang akan kasi surat.surat tu aku simpan lagi Aida.Buku aktiviti SSI tu pun aku simpan lagi.aku,Nash,Aida. itulah kami masa dulu-dulu. memang kami tak pernah berpisah.pergi mana-mana je mesti kena bertiga.Aida,aku rindu dengan kasut All America kau tu.comel gila bila kau pakai.aku rindu nak sorokkan kasut kau tu dekat surau time kita solat.aku rindu nak lepak sama-sama dekat library tu.aku rindu nak lepak dekat kantin.aku rindu nak usha crush-crush kita dulu.aku rindu nak gossip dengan kau dengan Nash.aku rindu nak duduk dekat belakang kelas,tepi pintu.fevret place.asal cikgu takde je,mesti kita lepak dekat belakang tu.memang semua kawan kelas tu semua dah tahu,memang tulah port kitorang.aku rindu nak dengar kau dengan Nash,nyanyi lagu jiwang 80-an tu walaupun,dulu kalau korang buka mulut je nak nyanyi lagu-lagu tu,aku mesti rasa nak muntah.haha. aku rindu nak tengok memek muka kau bila gelabah.aku rindu nak buat kau ketawa sampai berjurai-jurai air mata kau tu.aku rindu kau ajar aku matematik dulu sebab aku memang tak suka dengan cikgu math kita tu dulu jadi,bila dia ajar aku lembap sikit nak faham.aku rindu nak dengar kau membebel sebab aku meniru.lagi-lagi homework Bahasa Arab.aku rindu nak kongsi masalah dengan kau.aku rindu itu,aku rindu ini.aku rindu nak buat semua perkara tu dengan Nash & Aida.banyak masalah aku yang mereka simpan.rahsia aku yang paling banyak aku kongsi mestilah Aida & Nash ni.haishhhh,seriously aku rindu nak buat kerja gila tu semua dengan diorang. kalaulah,lepas Form 3 tu Aida dengan Nash ni ikut aku pindah Teknik kan best.mesti kitorang akan rapat macam dulu kan.lepak,gossip,kena marah,nyanyi sampai terkeluaq anak tekak,ketawa macam dunia ni kita yang punya haisshh,really missing those moment.AI.NA.MI.

lots of love 
amira syafiqah