Monday 9 April 2012

Say Hello To Bawal!! :)



  say hello to hijab.say hello to bawal.and don't say goodbye to shawl.oh yeah yeah,ini kali pertama aku pakai tudung bawal pergi jalan-jalan.selalunya aku lebih suka pakai selendang sebab ia lebih senang dari nak pakai bawal.ini opinion aku.sebab apa?sebab masa untuk aku pakai tudung bawal lagi lama dari nak pakai selendang.siapa rasa nak ketawa tu dipersilakan lah ye.sebab apa,kalau aku pakai je tudung bawal mesti -ternampak leher sikit.tu yang malas sikit tu  nak pakai tudung jenis bawal.ye style ni memang dah berkurun dah.dari zaman mak kita lagi kan dah pakai tudung bawal kan.lagi pun kalau aku pakai tudung bawal ni,muka aku akan nampak matured kan?.haha.Aida! gambar ni khas untuk kau.kau kan tak pernah nampak aku pakai tudung bawal kan?nah,special untuk nenek kebayanku! :P haha,masa first time pakai tudung terus pakai shawl.tulah sampai sekarang susah nak terima tudung bawal.tehehehe..and,i think i have fall in love with this styleeee.:D







Saturday 7 April 2012

Omai,omai..tahu tak bila mira fikirkan pasal lesen kereta atau bawak kereta atau streng kereta atau brek kereta ke clutch kereta ke atau bentuk kereta pun mesti je rasa takut tau!! hati ni gedukgedak gedukgedak macam dalam badan ni ada bom jangka masa yang bila-bila je boleh meletup!! rasa macam nak terjun bangunan pun ada.sebenarnya bukan rasa takut sebab fobia bawa kereta ke atau, fobia tengok kereta tapi rasa takut ni sebab CIKGU yang ajar bawa kereta tu!! rasa macam nak daftar masuk hospital sakit jiwa je rasa bila dapat call dari CIKGU malam before class tu.huwaaaa!! aku harap aku dapat cikgu yang lebih baik,dan lagi bagus buat aku rasa selamat + buat aku rasa taknak terjun keluar dari tingkap kereta.Bersyukur la kalau korang dapat cikgu yang betul-betul nak mengajar murid dan tak pandai nak mengayat kan.Lulzzzzzzz!! No,I really mean it.jeles gua kalau tengok kawan-kawan aku semua macam bahagia je macam baru dapat ayam goreng KFC je kan bila cakap pasal lesen kereta.huhu:'( kalau sehari sebelum kelas tu kan,mesti malam tu tak dapat nak tidur lena.baca ayat kursi dah rasa macam lebih limapuloh kali dah.lepas tu,kalau korang nak tengok wa pakai tudung labuh dari kebiasaan,cubalah pi tengok dekat sana:P
okay,esok sebenarnya ada interview for DRB-HICOM apa entah.musykil sebenarnya nak pergi sebab ada yuran pendaftaran RM10,then,kalau Yuran Pendaftaran Program pada siapa yang layak RM300..haha,entahlah.pening sangat kepala ni nak fikir benda ni semua.macam nak hantuk kepala dekat batu lesung pun ada.rasa macam dah give up dah.tak mungkin punya aku dapat tawaran garnd-grand kan macam kawan aku.macam matrik or asasi *sah-sah tak dapat. silap hari bulan maktab tu pun nyaris je dalam tangan kan :)

*sesungguhnya Timeline di FB tu sungguh bughuk,huduh,rumit,pelik dan perkataan yang sewaktu dengannya.tolonglah Mark Zuckerberg memahami bahawasanya idea dia sungguh teghuk dan menyesakkan hati,paru,limpa mira.entah kenapa,bila buka log in je FB tadi,tiba profile terus tukar jadi timeline.
hukhakhikhokhek.tolonglah sesiapa yang boleh menyelamatkan FB mira ni! tsktsk :'(

Monday 2 April 2012

haih,hati aku ni bukan setakat dah retak sejuta tapi dah hancur berkecai dah ni.haih,tulah bila buat something taknak fikir tengok apa dah jadi mira.ingat lagi masa hari keluar result SPM tu.time tu kan aku pergi sekolah dengan Izati,ibu tak ikut pun hari tu sebab ada hal yang tak dapat dielak.masa itu rasa sedih jugak sebab ibu tak dapat ikut sebab ni first time ibu tak ada sebelah aku untuk hal-hal yang penting macam ni.Tapi,bila fikirkan,aku rasa bersyukur juga sebab ibu tak ada time tu untuk tengok result aku yang teruk tu kan.tsktsk:'( *kesat air mata,air hingus semua dekat tisu* eh,chop,aku bukan nak cerita pasal result lah.tapi aku nak cerita pasal  borang UPU ni ha!!



Institusi Pengajian Tinggi Awam & Politeknik Premier




TEVT & Politeknik



okeng,tarik nafas hembus.seperti yang anda-anda semua tahu,tarikh tutup kemaskini borang UPU ni semalam kan.2 April 2012,dan sesungguhnya manusia bernama Amira Syafiqah Bt. Azarudin ni amat menyesal sebab kesilapan 'pandai'yang dia dah buat.pendekkan cerita,sebenarnya aku nak apply Diploma Sains dan letak dekat pilihan ke-2 and,nak buang Diploma Pengurusan Maklumat yg ke-8 tu sebab bila Google balik,course tu berkenaan dengan subjek yang suruh kita baca and hafal je and course ni takde subjek kira-kira macam math dan akaun tu.dahla aku ni ada penyakit Alzheimer sikit.kalau orang bagitahu rahsia dekat aku pun,esoknya aku akan lupa apa rahsia tu.ni pulak pasal pelajaran kan.dan nak jadi cerita,aku dah tak boleh tukar lagi da borang tu.manalah aku tahu borang ni ada limit 3 kali je bole ubah.eee,ketuk kepala dia karang baru tahu.dahla kena marah dengan ibu pasal benda ni.yang adik aku tahunya nak ketawakan aku je.SILABAI.;P..let just hope aku bole minta tukar Diploma Sains dekat UITM nanti.kalau tak,terpaksa aku la aku ambil twrn matrik or maktab *kalau dapat* and,kalau tak dpt juga terpaksa lah aku terima twrn diploma yang lain.kalau dah jadi macam ni memang kena gambling je lah kan :')